Breaking News

Selasa, 02 Juli 2013

BILANGAN RAKAAT SHALAT SUNAT TARAWIH

Setiap tahun apabila datang bulan Ramadhan Al-Mubarak pasti akan terjadi perbedaan pendapat mengenai bilangan rakaat Shalat Sunat Tarawih. Sebagian dari mereka berpendapat bahwa pendapat mereka sajalah adalah yang paling tepat dan paling sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah, dan yang menjadi mangsa dari pada pendapat mereka ini adalah dikalangan masyarakat umum yang tidak dapat menentukan pendapat yang lebih sesuai dan tepat untuk diamalkan. Mereka juga sering menyalahkan pendapat Imam-imam mazhab serta ummat terdahulu yang telah beramal solat tarawih ini berdasarkan hadis Rasulallah dan perbuatan para sahabat r.a dan menyatakan bahwa perbuatan mereka adalah bida’ah dengan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T dengan tidak membenarkan untuk menambah lebih daripada delapan rakaat ketika menunaikan solat sunat tarawih. Jadi untuk menjawab permasalahan ini marilah sama-sama kita melihat pendapat ulama yang saya datangkan secara ringkas berkenaan masalah tersebut.


Pembahasan Dari Segi Lughah ( Bahasa )

Tarawih merupakan jamak pada kata tarwihah yang bermaksud istirahat. Ibnu Manzhur berkata “Dinamakan demikian karana beristirahat para jamaah setiap empat rakaat di antara dua kali salam, dikatatan sekali istirahat”. Dari taarif ini menerangkan bahawa solat tarawih itu lebih rakaatnya dari delapan, karana istilah tarwihah adalah empat rakat yang pertama. Jika dua kali tarwihah ( istirahat ) menjadikan shalat tersebut hanya delapan rakaat saja, serta tidak sampai maksud jamak pada kalimah Tarawih, karana di dalam kaedah bahasa arab jamak itu sesuatu yang lebih dari tiga dan keatas. 

Kesimpulannya jumlah yang benar untuk Shalat Tarawih ialah 20 rakaat. Pendapat ini adalah mu’tamad bagi seluruh mazhab yang empat, iaitu Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah, As-Syafieyyah, dan Al-Hanabilah. Di sana juga ada pendapat daripada Al-Malikiyyah yang menyatakan bahawa Shalat Tarawih ini adalah 36 rakaat, tetapi pendapat ini tidak masyhur. 

Di sini juga dapat disimpulkan bahwa pendapat yang menyatakan Shalat Tarawih ini hanya delapan rakaat saja, baru muncul jauh setelah berlalunya generasi salaf. Perbedaan pendapat ini berlaku karena pemahaman mereka yang salah terhadap sunnah nabi S.A.W serta tidak mampu menggabungkan di antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dan mereka juga tidak mengerti bagaimana cara menyatukan antara hadis Rasulullah S.A.W serta perkataan dan perbuatan para sahabat jika terjadi perbedaan.

Pendapat Ulama Beserta Dalil
Mazhab Syafi’i (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:

أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.

“Sesungguhnya Imam Syafi’i berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah mendirikan (Shalat Tarawih) dengan 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat karena telah diriwayatkan dari Sayyidina Umar. Dan begitu juga di Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3 rakaat.”

2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:

صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ

“Shalat Tarawih termasuk di dalam shalat Nawafil yang muakkad sebagaimana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain dari solat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat, atas jalan inilah berlakunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan Salaf dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga Allah meridhainya dan dia meridhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini. Tidak ada seorang pun fuqaha dari kalangan empat imam mazhab (Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara ini, melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada solat Tarawih kepada 36 rakaat. 

Dalam riwayat kedua daripada pendapat Imam Malik, yaitu dengan hujahnya beramal dengan amalan penduduk Madinah yaitu: Sesungguhnya diriwayatkan dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri Ramadhan (shalat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir daripadanya sebanyak 3 rakaat…”

Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menambah:

…أَمَّا الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا الْجُمْهُورُ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ اْلإجْمَاعُ.

“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, yaitulah yang disepakati Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah atas shalat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh karena itu) atas sebab perkara itulah (yaitu riwayat yang kedua ini), maka jadilah (shalat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah sepakat empat mazhab dan lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”

3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:

مَذْهَبُنَا أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ الْوِتْرِ وَذَلِكَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ… وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ: اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ الْوِتْرِ

“Mazhab kami sesungguhnya Shalat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam selain Witir. Jadi ada 5 kali istirahat, dan setiap sekali istirahat ada 4 rakaat dengan 2 salam. Dan mengikut juga pendapat ini (yaitu 20 rakaat) oleh Abu Hanifah dan murid-muridnya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri) dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari jumhur Ulama’. Imam Malik berkata: Shalat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat selain dari Witir.”

4) Imam al-Khatib Syarbini menyebutkan:

اَلتَّرَاوِيحُ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.

“Dan Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan. Demikiannlah hadis Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih bahwasanya sahabat-sahabat Nabi S.A.W mendirikan shalat pada masa Umar bin Al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’ sebanyak 23 rakaat, tetapi Imam Al-Baihaqi mengatakan bahwa yang tiga rakaat yang akhir ialah Sembahyang Witir.”

5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:

وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih seperti yang dikatakan di dalam Syarah al-Muhazzab bahawasanya para sahabat mendirikan shalat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:

وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ، لِمَا رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً

“Dan ia (Shalat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap malam dari malam-malam bulan Ramadhan karena diriwayatkan bahawasanya para sahabat mendirikan shalat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”

7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in menyimpulkan bahawa solat Tarawih hukumnya sunat yang jumlahnya 20 rakaat:

وَصَلاَةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ لَمْ تَصِحُّ.

“Shalat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam di bulan Ramadhan. Karena ada hadits: Barang siapa melaksanakan (shalat Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika sholat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya tidak sah……”


8) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:

وَعَدَدُ رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ أَخِيرًا فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ، وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ…

“Dan bilangan rakaatnya (Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang diterangkan oleh Sayyidina Umar bin Al-Khattab dengan perbuatannya ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh) mereka shalat di belakang seorang imam. Para sahabat telah bersepakat atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang datang setelah mereka (setelah sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]


9) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:

وَقَدْ ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ

“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Shalat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam mazhab) selain Witir.

10) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad Ali al-Shabuni:

قَالَ اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ، وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِي وَإِبْنِ الْمُبَارَكَ وَالشَّافِعِيّ وَقَالَ الشَّافِعِي : وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ النَّاسَ بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً . أهـ.

“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di atas pendapat seperti yang diriwayatkan dari Sayyidina Umar, Sayyidina Ali dan selain keduanya dari para sahabat Nabi yaitu (mendirikan shalat Tarawih sebanyak) 20 rakaat. Ini adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn Al-Mubarak, Syafi’i. Imam Syafi’i berkata: Dan beginilah aku mendapati orang ramai di Makkah mereka mendirikan (shlat Tarawih dengan ) 20 rakaat.”

Ibn Rusyd menyebut di dalam Bidayah al-Mujtahid:

اِخْتَارَ مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ اَلْقِيَامُ
بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.

“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,
juga Abu Hanifah, Syafi’i, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.”

Seterusnya Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menyebutkan:
“Bahwa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Shalat Tarawih 20 rakaat ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Shalat Tarawih dengan 20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”

Kesimpulan
Daripada pendapat yang mampu saya lampirkan ini, kita melihat bahwa seluruh para ulama salaf dan khalaf telah ijma' (bersepakat) bahwa Shalat Tarawih itu adalah 20 rakaat, dan ia adalah sunat muakkad semata-mata tidak sampai hukumnya ke tahap wajib. Barangsiapa yang meninggalkanya, maka hilanglah padanya ganjaran pahala yang besar dibulan Ramadhan yang mulia ini. Permasalahan ini juga tidak serta merta hendak menyatakan bahwa mereka yang mengerjakan shalat tarawih delapan rakaat itu salah, tetapi ingin menerangkan bahwa Shalat Tarawih yang sebenarnya adalah 20 rakaat, dan selain pada jumlah tersebut kurang tepat untuk kita labelkan ia sebagai shalat tarawih yang sebenar nya berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang telah saya nyatakan tadi.


 ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Designed By