Breaking News

Rabu, 01 Januari 2014

Shahihnya Hadits Riwayat Thawus Attabi’in dan Umair bin Ubaid : Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari



Dalil-dalil sunat membuat kenduri tahlil arwah:

1. hadis Thawwus:

Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa  الحاوي للفتاوي

 قال  الامام أحمد بن حنبل رضى الله عنه فى كتاب الزهد له : . حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس)من كبار التابعين(: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا أي الصحابة  يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.

Imam Ahmad Hambal telah meriwayat di dalam kitab Zuhdi daripada Hasyim bin Qasim daripada Asyja’ie daripada Sufian telah berkata, Thawus (Setengah daripada tabien yang besar) telah berkata sesunguh orang yang mati difitnah dan diuji (dengan soal kubur) di dalam kubur mereka selama tujuh hari, adalah sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم suka bahwa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut. - Hadis Shahih marfu'

Imam Rafie berkata didalam Syarah Musnad tentang hadis Thawus:

مثل هذا اللفظ يراد به أنه كان مشهورا فى ذلك العهد من غير نكير . فقول طاوس ذلك فكانوا يستحبون : ان حمل على الرفع كما هو القول الأول كان ذلك من تتمة الحديث المرسل ويكون الحديث اشتمل على امرين: احدهما أصل  اعتقادى وهو فتنة الموتى سبعة ايام. والثانى حكم شرعى فرعى وهو استحباب التصدق والاطعام عنهم تلك الأيام السبعة . كما استحباب سؤال التثبيت بعد الدفن ساعة ويكون مجموع الأمرين مرسل الاسناد لاطلاق التابعى له وعدم تسمية الصحابى الذى بلغه ذلك  فيكون مقبولا  عند من يقبل المرسل  مطلقا . و عند من يقبله  يشرط الاعتضاد لمجيئه عن مجاهد, وعن عبيد بن عمير . وحينئذ فلا خلاف بين الأئمة فى الاحتجاج بهذا المرسل.         

Perkara yang seumpama lafaz  ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahwa perkara ini (beri makan) masyhur berlaku pada waktu itu (yakni masa para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus yang tersebut : “فكانوا يستحبون artinya maka adalah mereka menyukai”.  Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu (hadis yang di angkat kepada Nabi)’ sebagaimana pendapat yang pertama, niscaya adalah yang demikian itu menyempurnakan hadis mursal (hadis yang gugur sahabat). Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara: Pertamanya ; Asal I’tiqad (beriman). Yaitu fitnah kubur bagi mayat-mayat dalam masa 7 hari. Keduanya; Cabang hukum  syara; yaitu sunat bersedekah dan menjamu makanan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayat) selama 7 hari selepas kematian. Himpunan dua sebab tersebut menjadikannya sanad hadis ini mursal, kerana ditujukan kalimat Tabi’en kepada Thawus, dan tidak menyebut nama sahabat yang telah memberitakan kepadanya berita tersebut. Maka jadilah ia boleh diterima disisi mereka yang menerima Hadis Mursal sebagai hujjah secara mutlaq dan boleh terima juga disisi mereka yang mensyaratkan terdapat penguat-penguat (untuk diterima sesuatu hadis mursal) kerana adanya hadis Mujahid dan Ubaid bin Umair yang menguatkan hadis Thawus. Maka ketika itu tiada perselisihan pendapat dikalangan para imam untuk berhujjah dengan Hadis Mursal (Thawus) ini.

وقد تقرر أن الحديث الضعيف والمرسل والمنقطع والمعضل والموقوف يعمل بها فى فضائل الأعمال اجماعا.

Sesungguhnya Para Ulamak telak menetapkan bahwa hadis-hadis Dhaif, Mursal, Munqothi’, Mu’dhal dan  Mauwquf  diamalkan dengannya pada fadilat amal (berdalilkan) atas  dasar ijmak.

Imam Sayuti  berkata tentang hadis Thawus ini:

فالحديث مقبول ويحتج به لأن الامر دائر بين أن يكون متصلا وبين أن يكون مرسلا.

Maka hadis Thawus  tersebut Maqbul ( diterima disisi ulamak hadis ) dan dibuat hujjah dengannya, karena perkara itu beredar diantara bahwa dihukumkan muttasil (berhubung sanad) dan antara mursal (tidak menyebut sahabat di dalam sanad).

Hadis Thawus ini ada di sebut di dalam kitab الديباج لعبد الرحمن بن ابي بكر أبو الفضل السيوطي  dan صفوة الصفوة لعبد الرمن بن علي بن محمد أبو الفرج .


2. Berkenaan hadis Umair bin Ubaid yang sahih yang tiada pertikaian , disudut hubungannya dengan Thawus  tersebut apabila digabungkan (dikompromikan kesemua hadis-hadis tersebut ) beliau  memberi komentar :

Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa  الحاوي للفتاوي ada menyebut riwayat daripada Ibnu Jurair daripada Haris bin Abi Haris daripada Ubaid bin Amir berkata:

“يفتن رجلان مؤمن ومنافق فأما المؤمن فيتن سبعا وأما المنافق فيفتن أربعين صباحا”

Diuji dua orang lelaki (dengan soal kubur) salah seorang daripadanya mukmin dan seorang lagi munafik. Adapun lelaki yang mukmin itu diuji selama tujuh hari manakala munafik diuji selama empat puluh hari

3.
عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .
قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Artinya: Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi  صلى الله عليه وسلم“wahai Rasulullah  صلى الله عليه وسلم telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka”. Telah menjawab oleh Nabi  صلى الله عليه وسلم “adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya. Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah”. Berkata para sahabat, “adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan syahwat?”. Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم “bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan syahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan syahwat pada yang halal niscaya bagimu itu pahala”.
(HR Muslim)

وَرَوَيْنَا فِى سُنَنِ الْبَيْهَقِىْ بِاِسْنَادٍ حَسَنٍ اَنَّ اِبْنَ عُمَرَ اِسْتَحَبَّ اَنْ يُقْرَأَ
عَلَى الْقَبْرِ بَعْدَ دَفْنِ اَوَّلُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا

Artinya: Kami telah meriwayatkan di dalam sunan Al-Baihaqi dengan isnad yang hasan bahwa Ibnu Umar menyunatkan bahwa dibacakan atas kubur setelah wafat, awal surah Al-Baqarah dan akhirnya (Kitab Futuhat Ar-Robbaniah Syarah Al-Azkar Nawawiah – juzuk 3 m/s 194).

Hadis riwayat Ibnu Mubarak daripada Sulaiman At-Taimi daripada Abi Usman daripada Ma’qil bin Yasar, beliau berkata: “Telah bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم

اِقْرَأُوْا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ

Artinya: Bacalah surah Yasin atas mereka yang mati diantara kamu.

Telah mensahihkan hadis ini oleh Ibnu Hibban di dalam kitab Al-Ihsan no 3002.

قَالَ اَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَرُوْزِىْ سَمِعْتُ اَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلَ يَقُوْلُ اِذَا دَخَلْتُمُ الْمَقَابِرَ فَاقْرَأُوْا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَالْمَعُوْذَتَيْنِ وَقُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ وَاجْعَلُوْا ثَوَابَ ذَلِكَ ِلاَهْلِ الْمَقَابِرِ فَاِنَّهُ يَصِلُ اِلَيْهِمْ

Telah berkata oleh Ahmad bin Muhammad bin Maruzi, aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata “apabila kamu masuk kepada perkuburan baca olehmu surah Fatihah dan mauzatain dan Qulhuallahuahad, lalu kamu jadikan pahalanya bagi ahli kubur. Maka sesungguhnya ia sampai kepada mereka (Ihya’ Ulumuddin).

وَاَمَّا مَا رَأَهُ الصَّالِحُوْنَ فِى الْمَنَامِ فَرُؤْيَاهُمْ كُلُّهَا مُتَوَاطِئَةٌ بَعْدَ مَا يَقْرَءُوْنَ وَيَهْدُوْنَ لِلْمَيِّتِ مِمَّا يَدُلُّ عَلَى وُصُوْلِ ثَوَابِ الْقِرَاءَةِ اِلَيْهِمْ وَانْتِفَاعُهُمْ بِذَلِكَ لاَ يُحْصى

Adapun barang yang melihat oleh orang-orang soleh pada ketika tidur, maka mimpi mereka itu sekaliannya muafakat mereka itu yakni barang yang mereka baca dan mereka hadiahkan bagi si mati itu sampai pahala bacaan kepada si mati dan mereka mengambil manfaat dengan demikian itu adalah riwayat tersebut tidak terhingga banyaknya.

حَدَّثَناَ هاَشِمُ بْنُ قَاسِمٍ قَالَ حَدَّثَناَ اْلاَشْجَاعِيْنَ عَنْ سُفْيَانَ قَالَ : قَالَ طَاوُسٌ اِنَّ الْمَوْتَ يُفْتَنُوْنَ فِى قُبُوْرِهِمْ سَبْعًا فَكَانُوْا يَسْتَحِبُّوْنَ اَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ تِلْكَ اْلاَياَّمَ

Artinya: Telah berkata oleh Tawus (tabii’n) sesungguhnya orang yang mati itu difitnahkan mereka di dalam kubur selama 7 hari. Maka adalah mereka (para sahabat) menyukai bahwa mensedekahkan makanan kepada orang ramai untuk si mayat pada  hari tersebut.

وَكَانَ عَلَيْهِمُ السَّلاَمُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ عَذَابٌ يَسِيْرٌ فَاَخَذَ جَدِيْدَةً مِنْ نَخْلٍ وَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ وَغَرَسَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا الْعَذَابُ مَا لَمْ يَجُفَّ رَوَاهُ الْبُخَارِىْ

Adalah Nabi  صلى الله عليه وسلم berjalan disamping 2 buah kubur, maka beliau bersabda “azab yang sedikit”. Maka mengambil pelepah kurma daripada pohon kurma lalu membelahnya menjadi dua dan ditanamkan tiap-tiap satu di atas kubur. Lalu baginda  صلى الله عليه وسلم bersabda “diringankan azab selama pelepah ini tidak kering”.
(Riwayat Imam Bukhari)

Pembahasan  hadis Thawwus:



Hukum selamatan hari ke-3, 7, 40, 100, setahun, dan 1000 hari diperbolehkan dalam syari’at Islam. Keterangan diambila dari kitab “Al-Hawi lil Fatawi” karya Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi jilid 2 halaman 178 sebagai berikut: scan kitab 

قال الامام أحمد بن حنبل رضي الله عنه فى كتاب الزهد له : حدثنا هاشم بن القاسم قال: حدثنا الأشجعى عن سفيان قال
قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام , قال الحافظ ألو نعيم فى الجنة: حدثنا أبو بكر بن مالك حدثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثنا أبى حدثنا هاشم بن القاسم حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام


Artinya:
“Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra di dalam kitabnya yang menerangkan tentang kitab zuhud: Telah menceritakan kepadaku Hasyim bin Qasim sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus (ulama besar zaman Tabi’in, wafat kira-kira tahun 110 H / 729 M): Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.

Telah berkata al-Hafiz Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Jannah: Telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin Malik, telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, telah menceritakan kepadaku Ubay, telah menceritakan kepadaku Hasyim bin al-Qasim, telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus: Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.”
Selain itu, di dalam kitab yang sama jilid 2 halaman 194 diterangkan sebagai berikut:
ان سنة الاطعام سبعة أيام بلغنى أنهامستمر الى الأن بمكة و المدينة فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة الى الأن و انهم أخذوها خلفا عن سلف الى الصدر الأول

ِ Artinya:
“Sesungguhnya, kesunnahan memberikan sedekah makanan selama tujuh hari merupakan perbuatan yang tetap berlaku sampai sekarang (yaitu masa Imam Suyuthi abad ke-9 H) di Mekkah dan Madinah. Yang jelas kebiasaan tersebut tidak pernah ditinggalkan sejak masa sahabat sampai sekarang, dan tradisi tersebut diambil dari ulama salaf sejak generasi pertama, yaitu sahabat.”
———————————————-
Keterangan:

 ( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )  

Artinya “ Berkata Thawwus, bahwasanya segala orang yang mati itu difitnah akan mereka itu didalam kubur, didalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( Para Sahabat) suka bahwa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut.” ]

Berkata Sayuti. Katanya : ( Kaanu Yastahibbu )  maknanya, “Adalah manusia mengerjakan semua itu pada zaman Nabi  صلى الله عليه وسلم, dan Nabi  صلى الله عليه وسلم mengetahui dan tidak mengingkari atas dia– Al Hawi lil Fatawa juzu’2 m/s 377.

Berkata Ibrahim Al Halabi, didalam Syarah Al Kabir kemudian daripada naqal beberapa nas yang menunjuk atas makruh buat makanan daripada ahli mayat :[ Dan tiada sunyi daripada Nazar (kecedraan yang perlu dibahas), kerana bahwasanya tidak ada dalil atas makruh melainkan hadis Jarir bin Abdillah jua. Kerana bahwasanya bertentangan akan dia oleh hadis yang diriwayatkan  oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih. Dan barang yang diriwayat oleh Abu Daud daripada Ashsim bin Kulaib daripada bapanya daripada seorang laki-laki daripada Ansar             

( قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فى جنازة  فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصى الحافر يقول  أوسع من قبل رجليه  اوسع من قبل رأسه  فلما رجع استقبله داعى امرأته فجأ وجىء بالطعام فوضع  بين يديه ووضع 
القوم فأكلوا ورسول الله صلى الله وسلم يلوك لقمة فى فيه ثم قال انى أجد لحم شاة أخذت بغير اذن اهلها. )



Artinya, “ Berkata ia, keluar kami serta Rasullah S.A.W pada suatu jenazah, maka lihat aku akan 
Rasulullah S.A.W dan ia atas kubur berpesan akan yang menggali kubur, perluaskan olehmu akan pihak kaki, perluaskan olehmu daripada pihak kepalanya. Maka takala kembali daripada kubur itu, berhadap akan dia oleh yang menyuruh suruhannya daripada perempuan si mati itu, yakni isteri si mati itu. Maka datang Nabi S.A.W  didatang dengan makanan, maka dihantar dihadapan Nabi S.A.W dan menghantar oleh Sahabat maka makan oleh mereka itu. Dan Rasulullah makan  ia, akan satu suap, kemudian bersabda Ia, “ Aku dapati daging kambing yang diambil dengan tidak izin oleh ahlinya”. Maka ini hadis, menunjuk ia atas harus membuat ahli mayat atas makanan dan seru  (panggil) atas manusia atasnya dan pada setengah riwayat  “imraah.” … dengan tidak ada dhomir. Maka kaedah usul fiqh, mesti kena :             
( حمل المطلق على المقيد )                                                                             
Maksudnya diambil qaid yang muqayyad  itu, buat qayyid pada yang  yang muthlaq  itu. Ertinya 
ditanggung (lafaz) “ imro ah” yang tidak ada dhomir itu ialah  “imro a ytil mayyit”,  seperti hak 
dhomirnya itu jua, Wallahu`alam].

Dan lagi barang yang tersebut di dalam kitab Fawakihud Diwani  :
[Dan adapun barang yang membuat akan dia oleh qirobah  ( kaum kerabat ) mayat, daripada makanan dan menghimpun akan manusia atasnya. Maka jika ada ia kerana baca quran dan lain lagi daripada barang yang diharapkan pahalanya bagi mayat, maka tiada mengapa dengan dia. Dan adapun jika kerana lain daripada demikian itu, maka makruh ia. Dan tidak seyogia bagi seseorang makan daripadanya,melainkan jika adalah yang membuatnya itu waris yang baligh lagi cerdik, maka tidak mengapa kita makan dengannya. Dan adapun jika wasiat oleh si mati dengan dibuat akan makanan pada matinya, maka bahawasanya sah pada thulus (1/3) hartanya. Dan wajib diluluskan akan dia, kerana diamalkan dengan fardhunya]- juzu’2 m/s 289.

Adapun kitab Al Anwar :[ Dan adapun jika wasiat seseorang dengan baca quran di kubur atau bersedekah daripadanya, atau umpama demikian itu, nescaya lulus ia] – juzu’ 1 m/s 126.

Adapun  jika buat dengan sebab adat hingga mereka yang tiada kuasa pun tebing ( buat-buat ) juga takut jadi keaiban (kalau tidak dibuat jamuan) , kerana adat jua belaka. Inilah ynag dinamakan Takalluf pada bahasa Arab. Maka inilah yang dinamakan bida’ah yang dicela oleh syarak, yang ditegah oleh segala Ulamak didalam kitab Jawi ( Melayu) dan Arab. Seperti kata Syekh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah :[ “Dan bermula barang yang diadatkan, daripada membuat ahli mayat didalam makanan supaya menyeru akan mereka diatasnnya itu, makruh lagi bida’ah. Seperti  (itu juga hukumnya untuk sesiapa yang) memperkenankan (jemputan) mereka itu, kerana barang yang datang daripada hadis yang Sahih daripada Jarir :

                                      
( كنا نعد الأجتماع الى أهل الميت  وصنعهم الطعام  بعد دفنه من النياحة )
Ertinya, “Adalah kami sekelian, sangkakan  berhimpun pada ahli mayat dan buat mereka itu akan makanan kemudian daripada tanamnya setengah daripada meratap (Niyahah) ”].

Maka zahirnya berlawan antara hadis Ashim dan hadis Jarir ini, maka kaedah (usul fiqah)
[ Apabila berlawan dua dalil, wajib dihimpun jika mungkin berhimpun], maka disini boleh dihimpun, maka hadis Ashim itu ditanggungkan atas barang yang dibuat tidak kerana adat. Bahkan buat kerana tarahum dan niat hadiah pahalanya kepada si mati. Dan yang ditegah pada hadis Jarir itu, jika buat kerana adat seperti barang yang kami kata satni (sebentar tadi). Wa Allahu`alam bis Sowab.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfah , juzu’ 3 m/s 207. “Bermula wajah dibilangkan dia daripada Niyahah itu, barang yang ada padanya, daripada bersangat-sangatan beramat- amati dengan pekerjaan kerunsingan dan dukacita” .

Maka ini illat tidak ada pada kebanyakan pada orang jawi kita, dan apabila tidak ada illat tidak ada hukum. Kerana kata mereka itu, “ Bermula hukum itu berkeliling ia serta illatnya, maka murad dengan hukum disini ialah makruh berhimpun dan buat kenduri di rumah si mati”. Wa Allahu` alam.

Maka berhimpun yang dilarang pada hadis Jarir itu jika tidak kerana baca quran dan zikir. Adapun jika berhimpun kerana baca quran dan zikir pada si mati adalah sunat, seperti barang yang  sorih perkataan Imam Nawawi di dalam Majmuk :
(لا كراهة قرأة القرأن مجتمعين  بل هى مستحبة)
Ertinya, “ Tidak makruh baca quran berhimpun bahkan ia itu sunat- juz’1 m/s 126.”Riwayat daripada Abi Hurairah R.A dan daripada Abi Said Al Kudri, ertinya kedua mereka berkata,

(قالا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يقعد قوم يذكرون الله الا حفتهم الملأيكة وغشيتهم الرحمة وأنزلت عليهم  السكينة )
“Sabda Rasullah S.A.W, tidak duduk oleh satu kaum, menyebut mereka itu akan Allah Taala, melainkan berkelilingi oleh malaikat akan mereka itu. Kerana memuliakan akan mereka itu dan menutupi akan mereka itu oleh rahmat. Dan turun atas mereka itu oleh ketetapan pada hati”. Qauluhu [Yazkuruna] : ertinya, “Barangmana kelakuan daripada segala kelakuan dan barangmana seorang ada ia. Qauluhu [Yazkuruna] : Bermula zikir itu melengkapi akan sembahyang, baca quran dan doa dengan yang lebih pada dunia dan akhirat-Dalilul Faalihin m/s 248. 

Maka kami faham daripada nas- nas ini, bahawasanya baca quran dengan berhimpun itu afdhal, daripada baca seorang diri pada Mazhab kita Syafie. Kerana tidak ada nas daripada alquran dan hadis, melarang tidak boleh baca quran di rumah si mati. Bahkan setengah mereka itu, dia kiaskan makruh baca quran di rumah si mati, dengan baca quran di jamban. Maka ini qias batal, kerana “Qias ma’alfaariq”. Kerana syarat sah qias itu hendak ada jamik antara “maqis” dan “maqisu a`laih”. Maka jauh sekali perbezaan, antara rumah si mati dengan jamban itu, kerana rumah si mati tidak ada najis dan jamban itu kotor (tempat najis), maka disini nyata batal qias itu. Maka jika engkau kata, ijtimak pada hadis Jarir itu, am melengkapi ia, barangmana ijtimak nescaya kami jawab, “ Apa faedah boleh ia datang dengan lafaz ma’rifah pada lafaz al ijtimak”. Maka kami faham daripada lafaz al ijtimak, dikehendaki dengan ijtimak yang membawa kepada niyahah yang dilihat dengan mata kepala sendiri di Mekah sana. Maka dimana- manapun, jika ijtimak seperti itu, “Bidaah Mazmumah Muharamah” pada syarak.
Kerana kaedah: ( للوسائل حكم المقاصد)

Murad dengan wasaail itu ijtimak dan murad dengan maqasid itu Niyahah. Dan jika engkau kata, alif lam pada ijtimak itu. Alif lam apa? Nescaya kami jawab, (الف لام للعهد العمى)
(iaitu barang yang hasil pada ilmu mukhatab dengan ketiadaan sebutnya yang telah lalu). Dan makna: العهد , الشيء المعهود Ertinya: suatu yang diketahui.

Dan jika engkau kata : (الف لام للاستغراق الجنس )?.

Nescaya kami jawab tidak betul, kerana syarat     الف لام للاستغراق الجنس    itu bahawa sah kita letak lafaz  (كل)kullu pada tempat dia itu. Maka disini tidak sah kerana jadi fasad (rosak) makna, kerana bunyi maknannya:

(كل اجتماع وصنع الطعام من اهل الميت من النياحة )

Ertinya, tiap- tiap berhimpun dan buat makan daripada ahli mayat daripada niyahah, maka ini nyata fasad (rosak makna).

Ini kesemuanya jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu marfu’. Adapun jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu mauwquf,  tidak jadi hujjah ( yakni tidak boleh buat dalil dengan dia), kerana syarat perkataan Sahabi ( hadis mawquf ), hendak jadi marfu’ itu, jika ia idofat kepada Rasulullah S.A.W, seperti dia kata :
كنا فى زمن النبى  كذا وكذا  اتو كنا فى حياته كذا وكذا….
seperti barang yang berkata oleh jumhur Muhaddisin dan Ashabul fiqh wal Usul. Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, “Adakah ia, yakni hadis Mauwquf  itu, jadi hujjah atau tidak?”. Ada padanya dua qaul, bagi Imam kita Syafie yang masyhur keduanya. Bermula yang Asah, ialah Qaul Jadid, baginya tidak menjadi hujjah dengan hadis Mauwquf. Dan yang kedua, ialah Qaul Qadim baginya ini dhoif. Maka apabila berlaku kita, atas qaul yang berkata tidak menjadi hujjah, maka bermula Qiyas didahulukan atasnya dan harus bagi Tabi’in menyalahi akan dia, yakni harus kita tidak berdalil dengannya.-Syarah Muslim juzu’1 m/s 45 — mulakhisan ( Diringkaskan).
Maka difaham daripada perkataan Imam Nawawi ini, tidak boleh kita bermudah- mudah hukum dengan kufur orang itu dan kufur orang ini, dengan makanan kenduri dan baca Qul`hu wallah di rumah si mati. Takut terbalik kepada yang berkata, wa`iyya zabillah.
Tammat.


Ulasan: Bagi saya,  jawapan daripada Tuan guru ini adalah sejelas-jelas hujjah dan memadai serta merangkumi seluruh jawapan dan hujjah para ulama Melayu . Jawapan yang ringkas serta padat dengan hujjah yang Ilmiyah . Syukur Alhamdulillah , dapat  kita menumpang ilmu Tuan Guru kita serta boleh dijadikan asas pengkajian selanjutnya. Kita cuba ringkaskan jawapan tuan Guru kita ini :
  1. Kenduri arwah hukum asalnya Harus . boleh bertukar hukumnya mengikut niat pembuatnya.  Berdasarkan kaedah Feqah : “Semua perkara mengikut Niat”.
  2. Jamuan makan adalah perkara yang terpuji didalam Islam selama mana mengikut lunas-lunasnya.
  3. Tuan Guru mendasarkan hadis Thawwus yang sahih isnadnya , menunjjukkan amalan jamuan makan yang berkaitan kematian telah berlaku semenjak zaman Salaf As Soleh lagi.
  4. Semua dalil-dalil atau hadis-hadis yang zohirnya menunjjukan larangan mengadakan kenduri / jamuan yang berkaitan dengan kematian , mempunyai masalah . Kalau tidak disudut sanad/isnad maka disudut maknanya.
  5. Tuan Guru telah membuktikan kepakaran beliau dibidang Usul Fiqah dengan mencerna hadis-hadis yang berkaitan, dengan kaedah-kaedah Usul yang mantap. Kepakaran beliau  ini telah maklum  bagi sesiapa yang mengenali beliau.
  6. Hadis Mauwquf riwayat Jarir tidak boleh dijadikan hujjah mengharamkan kenduri / jamuan makan dimajlis kematian lantaran ketiadaan sah sebagai dalil keharaman disudut maknanya  dan disudut isnad kerana ketiadaan rofa’ nya kepada Nabi s.a.w.
  7. Semua kenyataan yang memakruhkan adalah ditujukan kepada majlis jamuan yang jikalau diadakan akan membangkitkan kesedihan, ratapan dan pemberatan atas ahli mayyit. Ini dinamakan illah-illat atau sebab bagi hukum Makruh atau haram. Sedangkan ia kebiasaannya tiada berlaku dikalangan orang-orang Melayu.
  8. Membaca al-quran di kuburan adalah sunat hukumnya. Tidaklah pembacanya dinamakan penyembah kubur. Mengqiyaskan bacaan dikuburan sebagai membaca al-Quran diTandas adalah suatu yang keterlaluan dan tidak mengikut ciri-ciri qiyas yang sebenar.
  9. Tuan guru menasihatkan mereka yang kontra agar tidak keterlaluan sehingga menghukum kufur mereka yang mengadakan Tahlil / kenduri/ bacaan al-Quran dikuburan sebagai   {kuburiyyun}.
  10. Dan Ilmu Tuan Guru ini boleh di cerna sehingga terhasil satu kertas kerja yang tebal  yang akan memantapkan keharusan mengadakan Kenduri Arwah atau  Tahlil Arwah.  Wallahu a’lam.
              
 Kesahihan Hadis Thawwus r.a.

Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa m.s 178 , juzuk 2 :

( ذكر الرواية المسندة عن طاوس )  قال  الامام أحمد بن حنبل رضى الله عنه فى كتاب الزهد له : . حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.
قال الحافظ أبو نعيم فى الحلية :   . حدثنا أبو بكر بن مالك ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل ثنا أبى ثنا هاشم بن القاسم ثنا الأشجعى عن سفيان قال : قال طاوس : ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام .

( ذكر الرواية المسندة عن عبيد بن عمير ): قال ابن جريج فى مصنفه عن الحارث بن أبى الحارث عن عبيد بن عمير قال :
يفتن رجلان مؤمن و منافق فاما المؤمن فيفتن سبعا . واما المنافق فيفتن أربعين صباحا .

  الكلام على هذا من وجوه .

( الوجه الاول ) رجال الاسناد الأول رجال الصحيح – و طاوس من كبار التابعين . قال ابو نعيم فى الحلية : هو أول الطبقة أهل اليمين , و روى أبو نعيم عنه انه قال : أدركت خمسين من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم . وروى غيره عنه قال : أدركت سبعين شيخا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم . قال ابن سعد : كان له يوم مات بضع وتسعون سنة .
وسفيان- هو الثورى- وقد أدرك طاوسا فان  وفاة طاوس سنة بضع عشرة  ومائة فى أحد الأقوال , ومولد سفيان سنة سبع وتسعين الا أن أكثر رواته عنه بواسطة .     

Sudut pertama: Sanadnya.
Kedua-dua hadis tersebut adalah Sahih Isnadnya dan Marfu’. Imam As Sayuthi mengulas dalam kitab tersebut katanya:
 Rijal Isnad hadis yeng pertama adalah rijal yang sahih. – Thawwus – seorang dari kalangan pembesar Tabi’en. Abu Nuim berkata dalam kitab al Hilyah beliau : Beliau ( thawwus ) adalah dikalangan angkatan pertama dari orang Yaman . Abu Nuim juga meriwayatkan , Thawwus berkata: Saya berjumpa 50 guru dari kalangan Sahabat Rasulullah  s.a.w.  ( Berkata Ibnu Sa’ad : Pada hari kewafatannya beliau berumur awal 90 tahun. Sufiyan Athhawri Sesungguhnya menjumpai Thawwus , maka sesungguhnya kewafatan beliau awal tahun 110 hijrah menurut salah satu pendapat, sementara Sufiyan Athhawri pula dilahirkan pada tahun 97 hijrah  tetapi (sekalipun ) kebanyakan riwayat beliau dari Thawwus adalah melalui wasitah perantaraan seseorang (maka itu tidak jadi muskil sebab “kebanyakan” tidak menafikan terdapatnya sebahagian riwayat Sufian dari thawus tanpa wasithah.)}         


Sudut kedua: Maknanya:

قال الرافعى فى شرح المسند : مثل هذا اللفظ يراد به أنه كان مشهورا فى ذلك العهد من غير نكير . فقول طاوس ذلك فكانوا يستحبون : ان حمل على الرفع كما هو القول الأول كان ذلك من تتمة الحديث المرسل ويكون الحديث اشتمل على امرين: احدهما أصل  اعتقادى وهو فتنة الموتى سبعة ايام. والثانى حكم شرعى فرعى وهو استحباب التصدق والاطعام عنهم تلك الأيام السبعة . كما استحباب سؤال التثبيت بعد الدفن ساعة ويكون مجموع الأمرين مرسل الاسناد لاطلاق التابعى له وعدم تسمية الصحابى الذى بلغه ذلك  فيكون مقبولا  عند من يقبل المرسل  مطلقا . و عند من يقبله  يشرط الاعتضاد لمجيئه عن مجاهد, وعن عبيد بن عمير . وحينئذ فلا خلاف بين الأئمة فى الاحتجاج بهذا المرسل.        
Ertinya: Imam Rafie r.a berkata didalam Syarah Musnad: Perkara yang seumpama lafaz  ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahawa berlaku pada masa  ( para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus r.a yang tersebut : “ Maka adalah mereka menyukai”.  Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu’ sebagaimana pendapat yang pertama, nescaya adalah yang demikian menyempurnakan Hadis Mursal. Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara: Pertamanya ; Asal I’tiqod. Yaitu fitnah kubur bagi mayyit-mayyit dalam masa 7 hari. Keduanya; Hukum  Syara’ yang cabang; yaitu KESUNNATAN bersedekah dan menjamu makan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayyit) selama 7 hari selepas kematian. Himpunan dua sebab tersebut menjadikan nya Isnad yang Mursal kerana ditujukan kalimat Tabi’en kepada Thawus, tidak di dinamakan beliau sebagai Sahabat yang telah memberitakan kepada nya berita tersebut. Maka jadilah ia Maqbul disisi mereka yang menerima Hadis Mursal sebagai hujjah secara muthlaq  dan Maqbul juga disisi mereka yang mensyaratkan terdapat penguat-penguat (untuk diterima sesuatu hadis Mursal) kerana adanya hadis Mujahid dan Ubaid bin Umair .
Maka ketika itu tiada Ikhtilaf pendapat dikalangan para imam untuk berhujjah dengan Hadis Mursal
 (Thawus) ini.   Tammat.



As- Sayuthy  berkata dimuka surat 185:
        
فالحديث مقبول ويحتج به لأن الامر دائر بين أن يكون متصلا وبين أن يكون مرسلا. وضده مرسلان آخران. وفعل بعض الصجابة أو كلهم أو كل الأمة فى ذلك العصر فهذا تقرير الكلام على قبول الحديث والأحتجاج به من جهة فنى الحديث او الأصول . والله أعلم. ص 185
Maka hadis Thawus  tersebut Maqbul( diterima disisi ulamak hadis ) dan dibuat hujjah dengannya , kerana perkara beredar diantara bahawa samada dihukumkan muttasil dan antara mursal. Sedangkan yang berlawanan dengan hadis Thawus itu pula adalah mursal  kedua-duanya.

Sementara “perbuatan sebahagian sahabat atau perbuatan semua mereka ” ,  atau “ perbuatan kesemua umat yang berada dimasa tersebut” pula maka ini memaksudkan satu pengakuan atas qobulnya hadis tersebut dan berhujjah dengannya dari dua sudut yaitu pelajaran hadis dan usul fekah.
  
Berkenaan hadis Umair bin Ubaid yang sahih yang tiada pertikaian , disudut hubungannya dengan hadis Thawus  tersebut apabila digabungkan (dikompromikan kesemua hadis-hadis tersebut ) beliau  memberi komentar :

عن عبيد بن عمير: قال : يفتن رجلان مؤمن ومنافق فأما المؤمن فيفتن أربعين صباحا.



Dari Ubaid bin Umair r.a , berkata “ Difitnahkan (dalam kubur) dia jenis orang , yang beriman dan yang munafik . maka yg beriman difitnahkan selama 40  pagi (hari)”


ان قال القائل : لم يرد فى سائر الأحاديث تصريح بذكر سبعة أيام. قلنا : ولا ورد فيها تصريح بنفيها ولا تعرض لكون  الفتنة مرة أو أكثر بل هى مطلقة صادقة بالمرة وبأكثر . فاذا ورد ذكر السبعة من طريق مقبول وجب قبوله وكان عند أهل الحديث من باب  زيادات الثقات المقبولة وعند أهل الأصول من باب  حمل المطلق على المقيد.


Jika berkata orang yang bertanya “ Tiada warid pada seluruh hadis-hadis  tersebut keterangan dengan menyebut 7 hari?. Kami menjawab:Tiada jelas juga  menafikan (7 hari)  dan tiada warid juga ( acara) keadaan masa fitnah tersebut  sekali atau banyak , bahkan muthlak , boleh dikatakan sekali atau banyak. Maka apabila telah  warid  sebutan “7 hari” yang datang dari jalan periwayatan yang maqbul  , wajiblah menerimanya . Adalah disisi ahli hadis  dikatakan bab “ Tambahan dari rawi yang thiqah , adalah diterima”. Sementara disisi ahli usul pula termasuk dalam kaedah “ mengihtimalkan yang muthlak atas muqayyad”.  
Tammat  muka surat 187.


Ringkasan: Hadis Thawus ini adalah  Mursal yang Marfu’ pada maknanya samada pada perkara Tauhid yaitu “Fitnah Kubur” atau  Furu’ Fekah yaitu “Sunat membuat jamuan makan selepas kematian selama 7 hari ”. Kesimpulan hadis tersebut, matan hadis adalah diterima pakai dari awal hingga akhirnya, samada berkenaan perkara akidah azab kubur  maupun adanya acara kenduri 7 hari yang dilakukan salaf .Ini kerana kaedah “ TAMBAHAN PARA RAWI THIQOH , DITERIMA”.  Oleh itu jika diterima berita azab , wajib juga diterima berita berkenaan adanya acara kenduri jamuan makan sebab kematian yang pernah dilakukan oleh Para salaf as-Soleh. 




 Ada setengah orang menuduh Tuan-tuan  Guru pondok telah tergesa-gesa mensahihkn hadis kenduri 7 hari Imam Sayuthi tersebut?.  Siapa pula yang tergesa-gesa mensahihkan hadis yang memang telah telah disahihkan oleh Imam Sayuthi itu. Yang mana Imam Sayuthi telah menyatakan kesahihannya berdasarkan kaedah-kaedah ilmiah. Bukan fikiran rasa-rasa taksub pada pendapat sendiri. Kalau pembantah cuba untuk menolak pentashihan Imam Sayuthi tersebut, silakan dan cuba lah buat sedaya upayanya  dengan apa jalan pun. Habis bahas pun akan berakhir juga  dengan kesimpulan  itu perkara ikhtilaf yang telah diizinkan oleh Syariat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.   

Ada pula setengah yang lain pula cuba mentarjih dan tajrih hadis A’shim Kulaib tersebut , mana yang mahfuzh , mana yang tidak mahfuzhnya…. Dan dikomentari dengan ayat-ayat yang seolah-olahnya hadis Ashim bin Kulaib  itulah semata-mata tunjang dalil kenduri arwah yang diamalkan masyarakat?..
Tak ada sesiapa pun dikalangan ulamak yang mengharuskan kenduri tahlil arwah dengan semata-mata berteraskan hadis ‘ashim tersebut.  Hadis tu  sebahagian dalil sokongan. Bukan asasnya. Lagi pula pendapat dan komen para muhadisin terhadap status hadis yang menyebut  “penyeru isteri mayat” dengan muqayyad itu  telah berikhtilaf ulamak. Ada yang mensahihkannya bukannya takde seperti dakwaan pembantah.  Jadi apa salahnya beramal dengan hadis-hadis yang begitu. Ke saja nak taksub ke pendapat sendiri?..
Ini perbahsan  berkenaan hadis-hadis yang seperti ini yang sangatlah panjang. Kalau nak meluaskan pengetahuan rajin-rajin lah membelek kitab-kitab musthalah dan usul fikah.      
 
Akhirnya:
Perbahasan yang panjang lebar telah di bawakan oleh Imam Sayuthi didalam kitab beliau Al Hawi lil Fatawa juzuk 2 . m.s 178-196 , hampir 19 muka surat membahaskan hadis tersebut , samada disudut sanadnya maupun maknanya. Sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kitab tersebut.  Wallahu a’lam.

Saya menyeru kepada mereka yang berkebolehan dalam menyelidik dalil-dalil,  terutamanya Tuan-tuan Guru dan para penuntut Ilmu , agar lebih peka untuk memberi penerangan dengan lebih jelas kepada masyarakat berkenaan perkara sebegini . Sekalipun ianya dianggap perkara kecil , furu; remeh tetapi akan menjadi perkara besar jika sampai ketahap membid’ah dan menghukum kufurkan segolongan besar umat Islam. Lihatlah kepada usaha-usaha mereka yang semakin berkembang terutamanya dikalangan mereka yang tiada asas pengetahuan agama.  

Setelah kita meneliti dan menghalusi perbincangan , dimanakah lagi logik dan betulnya dakwaan mereka yang mengharamkan dan membid’ahkan kenduri arwah dengan alasan-alasan yang keliru dan samar? . Alasan yang remeh temeh, yang hanya menunjjukan kebodohan diri sendiri disisi para ilmuan?.  Alasan yang sentiasa bertukar-tukar apabila ternyata rapuh setelah dijawab . Maka mudahan-mudahan risalah ini dapat meredakan ketegangan yang sentiasa akan menyala apabila ditiup oleh mereka yang nampaknya bagus ideanya tapi hakikat batinnya siapa yang tahu hanya Allah saja, mungkin mencari publisiti saja.
Sesiapa saja yang membaca risalah ini , jika terdapat musykil, sila lah merujuk kepada ahlinya atau berhubung terus dengan penulis untuk mendapat penerangan lanjut.  Wassalam.

Read more ...
Designed By